Powered By Blogger

Charles Berlitz



Charles Berlitz, saintis yang banyak menghasilkan kajian bertaraf dunia juga menulis," Walaupon kini kita mula menjelajah angkasa lepas dan dengan hairan sedang memerhatikan kosmos, dan percaya kita telah menerokai seluruh pelosok dunia dan membongkar misterinya, hakikatnya satu pertiga dunia masih belum kita singkap rahsianya terutama di dasar lautan atau misteri kawah di bulan."

Jambatan Usang


Gelombang pawana idup kembali meronai gariz-gariz titik di antara kekasih dan kekasih. Simpulan pada sesuatu itu pasti akan lenyap, jika pelayaran merenung erti diri itu disingkapkan sebagai keluhuran yang tak ternilai bandingnya. Kemanakah keasyikan jiwa yang kian memadam ini hendak kita nyalakan semula unggunnya?

Pertanyaan-demi pertanyaan terus kita tempuhi tanpa ada jawapan, kerana sesuatu itu telah diciptakan seiringnya kelahiran dan fikrahnya manusia sejagat. Dan apabila kita merenung bulan dan bintang, keasyikan penyelamat penduduk langit tersebut memantulkan siapa penyelamat penduduk bumi. Bisakah diertikan limpahan itu jika hujjah-Nya menjadi kabur di hadapan manusia?

Episod hidop bermula dan pasti akan menemui hari-hari menyakitkan. Keindahan ini hanyalah kegelapan dan suatu cahaya fajr akan muncul yang akan mencelikkan seribu kenangan malam yang berbaur keresahan. Bertanyalah pada diri anda bagaimana dan apa yang terciptakan untuk kita layari erti malam ini. Simpulkanlah sesuatu yang pasti diri ini juga yang mengetahui apa yang telah kita uraikan. Apa jawapannya?

Rindukan Sesuatu


"Sahabat yang mengambil iktibar dari Sang sahabat, yang menjadi contoh untuk keluarga dan generasi yang mendatang. Namun Sahabat tidak pernah bertemu di mata, namun setiap waktu bertemu pada lubok yang paling dalam. Sahabat, dengan keridhoan serta kedudukanmu yang tertakrifkan berikan aku sedikit persaksian agar kita bertemu bagi membina diriku dan membina umat semesta alam."

Manisnya senyumanku


Di kota ini, kehidupan yang amat mencabar bisa dirasai oleh pemikiran-pemikiran yang akan membawa manusia pada pelbagai simpang perjalanan. Apa jua tujuan pon pasti akan mencapai jua maksud jika terus melebarkan usaha yang tak terhenti, namun harus diingatkan ketentuan adalah sebenarnya milik Si Pencipta. Kadang teman yang merasakan jati diri itu telah terbit, namun lupa seketika akan perjalanan yang agak jaoh ini. Mana bisa terhenti nafas yang diberi jika pergerakan ini hanyalah akal-akal yang terfikirkan oleh penghuni kota yang saban hari telah jaoh tersasar dari tujuan kehidupan.

Untuk mengerti akan penghidupan ini, irama-irama yang betul perlu ditekankan untuk keluhuran bagi yang ingin merasakan hakikat sebenar pada sebuah perjalanan yang sebentar. Semalam telah pon berlalu untuk pelajaran hari ini. Dan hari ini adalah suatu impian untuk mengerti tujuan kebahagiaan hari mendatang.

Tembok batu tidak akan sama dengan kayu yang berlapis yang begitu seni jika dinilai dengan kesenian. Fatamorgana cahaya terus menyinari, walaupon cahaya embus itu tidak sampai mencerahkan keseluruhan namun ia tidak merugikan sesuatu. Namun fikiran pasti mati tanpa menerima luahan-luahan yang terpenting. Bagi kesemua hari yang mencapai tujuan tersebut lalui dengan penuh ketenangan, dan tersenyum indah kerana empat mata yang melihat terus gah mencari makrifat diri. Terima kaseh Tuhan...

Beg Merah Kecil



Beg merah kecil memberikan munafaat buat insan yang mencari-cari keilmuan. Setiap hari kau saja menyimpan pelbagai khazanah yang meruntunkan erosi. Belaian suaramu kadangkala lunak dan adakala sepi namun kau tetap bersemi bersama hari-hari yang penuh dengan kedukaan dan kesedihan.


Bergoncang dititip kembara jalanan. Menjeling akan keabadian yang hampir tiba. Bersuara gemersik menyaringkan langkah-langkah yang longlai atau bersemangat getir bersama beg merah kecil.

Hujan panaz menantimu penuh gersang melarikan pena-pena yang terbuai. Imaginasimu meruaskan susuan di antara lamunan jalur putihmu ditengah-tengah kekalutan angin liar. bengkokan debu-debu yang berlari, menyiksa akan beg merah kecil. Apa mungkin kau dapat bertahan?

Berlarilah beg merah kecil untuk suatu tujuan yang murni. Menongkah aruz kehidupan yang semakin sukar untuk ditafsirkan dalam erti mimpi di siang hari. Belukar kehidupan menyaksikan beg merah kecil tak pernah jemu untuk menyintai sesuatu yang baru untuk ruangan beg merah kecil.

Catatan illusi



Setiap nafaz yang berdenyut, mengalirkan rasa ingin tahu sesuatu yang pasti dengan sebuah pengharapan, masih ada orang yang terakhir yang akan menyelamatkan jiwa. namun sungguh berbahagia kerana mengenali mutiara tersebut pada kedudukan yg tak ternilai harganya. Biar berpeluh kesah, namun perjuangan untuk roh akan terus marak mengalir di curang yang amat sukar. kami bahagia.

Mesej Bahagia



"Kami tidak pernah lalai dari membantu dan menjaga anda. Tidak juga kami melupakan anda. Jika tidak, kesukaran dan kemalangan akan bergegas ke arah anda dan musuh membinasakan anda. Oleh itu bertakwalah dan bantu kami menyelamatkan anda dari kecelakaan yang sentiasa berada di sekitar anda."

Marie Celeste

Pada Disember 1872 M, kapal Marie Celeste telah ditemui terapung tanpa penumpang. Apabila diperiksa ia tidak mengalami sedikitpun kerosakan bahkan kesemua peralatan berfungsi dengan baik. Tangki air minuman masih penuh. Tidak ada tanda-tanda pergelutan atau kapal diserang. Tidak ada nakhoda, anak-anak kapal atau para penumpang yang ditemui. Buku log nakhoda terbuka di kabinnya. Ia mengandungi maklumat penu perjalanan sehingga tempat terakhir mereka sampai iaitu pulau Azores (berhampiran Segitiga Bermuda).

Peti keselamatan nakhoda yang mengandungi wang, barang kemas dan sijil-sijil bernilai kesemuanya tidak tersentuh. Ada baju kanak-kanak di atas mesin jahit, yang tidak siap dijahit. Makanan penumpang masih belum diusik ada di atas meja. Semua bahan-bahan makanan masih utuh dan segala peralatan di tempat asalnya. Bekalan makanan cukup untuk enam bulan.

Kapal itu berada dalam keadaan baik dan tidak ada tanda pergelutan berlaku. Tetapi ke mana semua penumpang dan anak-anak kapal hilang? Sehingga kini peristiwa kehilangan anak-anak kapal Marie Celeste masih menjadi misteri.

5 Disember 1945


Apabila perhubungan telah terputus dengan 'Flight 19', pihak berkuasa merasakan sesuatu yang menakutkan telah berlaku. Pada hari itu juga sebuah pesawat peninjau yang membawa juruterbang dan 13 orang anak kapal telah dihantar untuk menyiasat kesan-kesan kemalangan. Beberapa minit setelah berlepas, juruterbang menghubungi menara kawalan dan melaporkan, "Kami berada pada ketinggian 1800 meter, angin bertiup kencang...," hubungan terputus dan menara kehilangan pesawat tersebut buat selama-lamanya.

Keesokan harinya, pada 6 Disember 1945, satu misi penyelamat yang terbesar dalam sejarah maritim dan udara dilancarkan untuk mengesan punca misteri kehilangan tersebut. Armada ini mengandungi 240 kapal angkatan tentera laut, 67 pesawat, 4 kapal pemusnah, 18 pelancar roket, beratus-ratus helikopter, kapal layar dan pesawat ringan. tentera laut British yang berpengkalan di Bahamas juga turut mengambil bahagian.

Pencarian ini bagaimanapon tidak menemui sebarang petunjuk atau punca kehilangan kapal terbang dan anak-anak kapalnya. Tidak ada serpihan atau mayat yang ditemui. Mereka buntu dan terpaksa menghentikan pencarian tersebut tanpa sebarang hasil.

Simpulan Kedamaian

"Apabila wanita muda itu menceritakan kisahnya itu, aku mula menyedari bahawa beliau adalah puteri maharaja Rom dan cucu kepada Simon pewaris Nabi isa a.s. Kutahu beliau adalah daripada keluarga yang mulia dan seorang yang dihormati dengan ketinggian akhlak. Aku bertanya kepadanya bagaimana beliau boleh menjadi seorang tawanan. Sang puteri menjelaskan:

"Dalam salah satu mimpiku, imam Askari memberitahu, 'Tidak lama lagi datukmu akan menghimpunkan bala tentera untuk menyerang orang Islam. Dalam pertempuran itu nanti tentera Rom akan dihalau sehingga ke sempadan. Pergilah bersama para wanita perawat di medan perang dan berpakaianlah seperti mereka. Nanti engkau akan ditawan bersama mereka dan dengan cara ini engkau dapat berpindah dari wilayah Rom ke wilayah Islam.'

Selang beberapa hari perang diisytiharkan dan tentera Rom telah berangkat ke medan. Aku dengan berpakaian jururawat bersama wanita lain juga bergerak ke arah jalan yang telah diberitahu Imam. Perang pun bermula dan dalam masa yang singkat barisan tentera Islam telah mengepung dan menawan kami. Mereka telah membawa kami ke kota Baghdad ini untuk dijual.

Namun sehingga kini tidak ada yang tahu bahawa aku adalah cucu maharaja Rom kecuali kamu. Apabila kami ditawan, aku telah diserahkan kepada seorang tua dan dia bertanya tentangku. Kerana tidak mahu dikenali aku telah memberitahu namaku Nargis. Inilah kisah bagaimana aku menyertai perang dan ditawan."

DC8-Branif Airlines


Pesawat DC8 milik Branif Airlines melakukan penerbangan dari New York ke Panama pada 25 Disember 1977. Penerbangan itu sepatutnya mengambil masa dua jam. Ketika Kapal Terbang itu menghampiri dan telah melihat pulau Panama, tiba-tiba ia bergoncang dengan kuat dan mula menjunam. Selepas seketika ia mula berputar dalam bulatan seolah-olah dikuasai oleh satu kuasa ghaib. Ia kemudian menjunam ke arah laut sehingga para penumpang dapat melihat ombaknya. Suasana cemas dan penuh ketakutan. Di kabin, semua peralatan berjalan dengan baik dan tidak memberikan apa-apa isyarat bahaya. Tiba-tiba ia kembali normal setelah hampir 200 meter dari aras laut dan juruterbang berjaya mengawalnya kembali sehingga mendarat dengan cemas ke Miami. Tidak ada apa-apa kerosakan yang ditemui pada pesawat.

Lompat Bermusim


Apakah di dalam sebuah perjalanan hidup tidak akan bertemu titik akhir? Biar sejauh manapon bisa melontarkan kehidupan dan kesenangan perjalanan, namun setiap hari kita melihat dan mendengar nafas terhenti di sana-sini. Ini mencakupkan sesuatu yang akan kita pelajari kerana iktibar dari pemandangan tersebut pasti kita akan beriramakan kepaksian diri yang suatu ketika dan saat giliran kita pula pasti menunggu.

Ambillah sedikit kemunafaatan, walau sekelumit jiwa tak merelakan dan terus rasa terbuai dengan angan-angan kosong yang pasti akan berakhir. Apa jawapan kepada diri yang kita akan fikirkan pada tiba saat itu?

Bila kain kafan menyelimuti, rasa ingin kembali pasti meronta dan saat itulah cahaya kegelapan selama ini pasti bermula. Keindahan dulu yang mengelabui sedikit demi sedikit kian terus gelap menembusi selamanya. Pada siapa akan kita lolongkan pertolongan? Ini adalah suatu yang telah difikirkan dan dipilih oleh akal yang kita cernakan untuk suatu kehidupan kita yang lampau.

Hari akhir itu pasti tiba, kerna setiap yang diciptakan pasti akan musnah, dan Roh yang dipinjamkan pasti akan menerima apa-apa pon untuk suatu perbuatan. Renung-renungkan sayang..

Keajaiban Cahaya

Keajaiban Cahaya
Kronologi dari beberapa peristiwa terkenal

1840: HMS Rosalie
1872: The Mary Celeste, salah satu misteri terbesar lenyapnya beberapa kapal di segitiga bermuda
1909: The Spray
1917: SS Timandra
1918: USS Cyclops (AC-4) lenyap di laut berbadai, namun sebelum berangkat menara pengawas mengatakan bahwa lautan tenang sekali, tidak mungkin terjadi badai, sangat baik untuk pelayaran
1926: SS Suduffco hilang dalam cuaca buruk
1938: HMS Anglo Australian menghilang. Padahal laporan mengatakan cuaca hari itu sangat tenang
1945: Penerbangan 19 menghilang
1952: Pesawat British York transport lenyap dengan 33 penumpang
1962: US Air Force KB-50, sebuah kapal tanker, lenyap
1970: Kapal barang Perancis, Milton Latrides lenyap; berlayar dari New Orleans menuju Cape Town.
1972: Kapal Jerman, Anita (20.000 ton), menghilang dengan 32 kru
1976: SS Sylvia L. Ossa lenyap dalam laut 140 mil sebelah barat Bermuda.
1978: Douglas DC-3 Argosy Airlines Flight 902, menghilang setelah lepas landas dan kontak radio terputus
1980: SS Poet; berlayar menuju Mesir, lenyap dalam badai
1995: Kapal Jamanic K (dibuat tahun 1943) dilaporkan menghilang setelah melalui Cap Haitien
1997: Para pelayar menghilang dari kapal pesiar Jerman
1999: Freighter Genesis hilang setelah berlayar dari Port of Spain menuju St Vincent.

Suara Keresahan