Apabila perhubungan telah terputus dengan 'Flight 19', pihak berkuasa merasakan sesuatu yang menakutkan telah berlaku. Pada hari itu juga sebuah pesawat peninjau yang membawa juruterbang dan 13 orang anak kapal telah dihantar untuk menyiasat kesan-kesan kemalangan. Beberapa minit setelah berlepas, juruterbang menghubungi menara kawalan dan melaporkan, "Kami berada pada ketinggian 1800 meter, angin bertiup kencang...," hubungan terputus dan menara kehilangan pesawat tersebut buat selama-lamanya.
Keesokan harinya, pada 6 Disember 1945, satu misi penyelamat yang terbesar dalam sejarah maritim dan udara dilancarkan untuk mengesan punca misteri kehilangan tersebut. Armada ini mengandungi 240 kapal angkatan tentera laut, 67 pesawat, 4 kapal pemusnah, 18 pelancar roket, beratus-ratus helikopter, kapal layar dan pesawat ringan. tentera laut British yang berpengkalan di Bahamas juga turut mengambil bahagian.
Pencarian ini bagaimanapon tidak menemui sebarang petunjuk atau punca kehilangan kapal terbang dan anak-anak kapalnya. Tidak ada serpihan atau mayat yang ditemui. Mereka buntu dan terpaksa menghentikan pencarian tersebut tanpa sebarang hasil.