Gelombang pawana idup kembali meronai gariz-gariz titik di antara kekasih dan kekasih. Simpulan pada sesuatu itu pasti akan lenyap, jika pelayaran merenung erti diri itu disingkapkan sebagai keluhuran yang tak ternilai bandingnya. Kemanakah keasyikan jiwa yang kian memadam ini hendak kita nyalakan semula unggunnya?
Pertanyaan-demi pertanyaan terus kita tempuhi tanpa ada jawapan, kerana sesuatu itu telah diciptakan seiringnya kelahiran dan fikrahnya manusia sejagat. Dan apabila kita merenung bulan dan bintang, keasyikan penyelamat penduduk langit tersebut memantulkan siapa penyelamat penduduk bumi. Bisakah diertikan limpahan itu jika hujjah-Nya menjadi kabur di hadapan manusia?
Episod hidop bermula dan pasti akan menemui hari-hari menyakitkan. Keindahan ini hanyalah kegelapan dan suatu cahaya fajr akan muncul yang akan mencelikkan seribu kenangan malam yang berbaur keresahan. Bertanyalah pada diri anda bagaimana dan apa yang terciptakan untuk kita layari erti malam ini. Simpulkanlah sesuatu yang pasti diri ini juga yang mengetahui apa yang telah kita uraikan. Apa jawapannya?