Beg merah kecil memberikan munafaat buat insan yang mencari-cari keilmuan. Setiap hari kau saja menyimpan pelbagai khazanah yang meruntunkan erosi. Belaian suaramu kadangkala lunak dan adakala sepi namun kau tetap bersemi bersama hari-hari yang penuh dengan kedukaan dan kesedihan.
Bergoncang dititip kembara jalanan. Menjeling akan keabadian yang hampir tiba. Bersuara gemersik menyaringkan langkah-langkah yang longlai atau bersemangat getir bersama beg merah kecil.
Hujan panaz menantimu penuh gersang melarikan pena-pena yang terbuai. Imaginasimu meruaskan susuan di antara lamunan jalur putihmu ditengah-tengah kekalutan angin liar. bengkokan debu-debu yang berlari, menyiksa akan beg merah kecil. Apa mungkin kau dapat bertahan?
Berlarilah beg merah kecil untuk suatu tujuan yang murni. Menongkah aruz kehidupan yang semakin sukar untuk ditafsirkan dalam erti mimpi di siang hari. Belukar kehidupan menyaksikan beg merah kecil tak pernah jemu untuk menyintai sesuatu yang baru untuk ruangan beg merah kecil.